Saturday 16 May 2015

AKU GURU

aku ini….. ingin menjadi seorang guru murabbi
aku ini….. ingin menjadi pencetus ummmah Pembina generasi terbilang
aku ini….. ingin menjadi segalanya asal sahaja aku biasa melihat..
esoknya kau ..muridku menjadi insan berilmu
esoknya kau..muridku biasa menjadi  pemimpin terbilang menegakkan Islam
esoknya kau..muridku membawa kalam Allah sebagai peganganmu
aku …tidak berdiri disini kerana mengharapkan pangkat dunia
 aku …tidak berdiri disini menunggu pujianmu
aku …berdiri disini mengharapakan keringat  bisa menjadi penghapus dosa-dosaku
aku …berdiri disini mengharapakan hidup dan matiku sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Ilahi
aku …berdiri disini mengharapkan timbanganku membawa ke syurga

Friday 5 October 2012

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Pastikan ulangkaji / persediaan  telah dibuat sebelum menduduki peperiksaan.  Tempuhilah peperiksaan ini dengan penuh yakin dan tenang terutama bagi pelajar tingkatan 2. InsyaAllah, setiap usaha yang dilakukan dengan  ikhlas dan adab dengan guru sentiasa  dipelihara maka kejayaan yang manis akan dapat digapai dengan begitu mudah. Akhir kata, cikgu mengucapkan Selamat Berjuang kepada para pelajar sekalian.